Soalan Lazim

Apa itu Teh Tarik Talk?

Program komuniti bisnes bulanan oleh MySyarikat. Setiap sesi ada perkongsian tokoh bisnes, perbincangan tentang nilai, kepimpinan, keberkatan rezeki dan zakat, diikuti networking santai sambil teh tarik dan hi-tea.

Adakah saya pasti dapat tempat selepas mendaftar?

Tidak. Pendaftaran ialah permohonan untuk dipertimbangkan. Tempat terhad (kira-kira 40 orang setiap sesi) supaya perbincangan kekal intim. Pasukan kami menyemak setiap permohonan dan peserta terpilih akan menerima jemputan.

Bagaimana saya tahu jika saya terpilih?

Anda akan menerima jemputan melalui WhatsApp dan/atau e-mel, bersama pautan peribadi untuk mengesahkan kehadiran. Sila sahkan dalam tempoh yang diberi (biasanya 48 jam). Jika tidak, tempat akan ditawarkan kepada peserta dalam senarai menunggu.

Adakah program ini berbayar?

Penyertaan adalah percuma untuk peserta terpilih, melainkan dinyatakan sebaliknya di halaman acara.

Siapa penaja program ini?

Teh Tarik Talk ialah program MySyarikat. Sesetengah sesi disokong oleh penaja, dan penaja setiap sesi dinyatakan dalam borang pendaftaran. Anda hanya akan dihubungi oleh MySyarikat atau penaja untuk info produk, promosi dan hadiah jika anda menandakan pilihan tersebut dalam borang.

Kenapa borang bertanya tentang zakat?

Untuk membantu kami menyusun perkongsian yang sesuai dengan peserta. Soalan ini tidak mempengaruhi pemilihan, ada pilihan "Memilih untuk tidak menjawab", dan kami tidak meminta jumlah bayaran atau dokumen.

Bolehkah saya bawa rakan?

Setiap tempat adalah untuk individu yang terpilih. Galakkan rakan anda untuk mendaftar minat sendiri.

Saya sudah sahkan, tetapi tidak dapat hadir. Apa perlu saya buat?

Buka pautan RSVP anda dan tekan "batalkan". Tempat anda akan ditawarkan kepada peserta lain. Terima kasih kerana memaklumkan!

Bagaimana check-in dilakukan?

Tunjukkan pas QR (di telefon atau cetakan) kepada petugas di pintu. Petugas akan mengimbas dan menyemak nama anda. Jika ada masalah, petugas boleh mencari nama anda secara manual.

Saya terdaftar untuk satu acara. Bolehkah saya mendaftar untuk siri lain?

Boleh. Setiap siri ada permohonan berasingan. Untuk siri yang sama, satu nombor WhatsApp hanya boleh memohon sekali.